Pages

Mengenai Kami



PUSTAKA HIJRAH JAYA (PHJ) ialah sebuah perniagaan berasaskan perkhidmatan dan pembekalan yang dimiliki sepenuhnya yang berkelayakan dalam bidang JUAL BELI BUKU, ALATAN BANTU MENGAJAR DAN ALAT TULIS.

PUSTAKA HIJRAH JAYA telah beroperasi pada 27 April 2006 dan semakin matang dalam menjalankan bidang perniagaan ini. Dalam tempoh tersebut, PUSTAKA HIJRAH JAYA telah menjalankan beberapa perkhidmatan dan pembekalan kepada organisasi yang memerlukan berdasarkan perkhidmatan yang ditawarkan. Hasil daripada perkhidmatan dan pembekalan tersebut, PUSTAKA HIJRAH JAYA telah juga berjaya menyediakan produk berasaskan buku – buku pembelajaran kepada pelanggan individu, sekolah – sekolah, tadika dan organisasi yang memerlukan keperluan pembelajaran.

Dengan perkembangan dan kesedaran tentang pentingnya memberi perkhidmatan dan pembekalan produk kepada pelanggan yang baik,PUSTAKA HIJRAH JAYA sangat yakin akan dapat memasar dan menjual produk ini disamping lain-lain perkhidmatan PUSTAKA HIJRAH JAYA tawarkan.





Komited memberi pelbagai perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dalam perniagaan Perkhidmatan dan Pembekalan, dengan memberi pengetahuan dan kefahaman yang jelas mengenai kepentingan, kelebihan dan peluang dengan menggunakan Perkhidmatan dan Pembekalan didalam sesuatu perniagaan berasaskan pembelajaran.




Menyedari sumbangan besar perkhidmatan dan pembekalan terhadap pembangunan pembelajaran Negara, PUSTAKA HIJRAH JAYA sedar betapa pentingnya menjadi platform yang membekalkan penyelesaian perkhidmatan yang terkini melalui saluran bidang yang ditawarkan dengan mudah, sesuai dan berdaya saing. Ini bermakna penyediaan dan perkhidmatan yang berterusan dan penumpuan yang lebih akan menghasilkan penyelesaian terbaik kepada semua pihak.